Friday, 1 September 2017

Pantai Murni di Yan

Assalamualaikum
  Banyak juga tempt menarik yang anda boleh lawati jika menginap di Homestay Kedah Jerai ni. Hari ni kami nak kongsi satu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah petang-petang. Nama tempat ni ialah Pantai Murni. Pantai ni sebenarnya tak boleh mandi sebab berselut tapi sesuai untuk anak2 bermain. Taman permainan sangat bersih dan kondusif utuk anak2. Untuk kaki joran juga boleh lepak di atas jambatan yang menganjur ke laut pada waktu air laut pasang. Untuk menikmati pemandangan yang memukau juga boleh kerana dari pantai kelihatan pulau2 seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting dan Pulau Songsong. Anda juga juga boleh merasai pelbagai juadah yang menyelerakan di gerai2 di tepi pantai. Antaranya ais kacang,mi bandung,char kuey teow dan lain-lain. Jom kita tengok gambar-gambar di Pantai Murni.













Tuesday, 7 February 2017

Homestay Sudah Dibuka

Assalamualaikum

Alhamdulillah Kedah Jerai Homestay telah dibuka untuk tempahan. Kami menanti anda untuk menginap di homestay ini. Semoga dapat berjumpa nanti.

Tuesday, 1 November 2016

Perkembangan Di Homestay

Assalamualaikum semua.

Alhamdulilah selepas kerja keras selama beberapa minggu, sudah nampak banyak perubahan di homestay ini. Antaranya semua bilik telah dilengkapi katil, Ruang tamu sudah disediakan sofa dan tv serta ruang dapur telah dipenuhkan. Nikmati gambar-gambar di bawah.


Ini ialah gambar pintu hadapan homestay. Boleh memuatkan 2 buah kereta dengan mudah.


Bahagian ruang tamu homestay. Telah siap 90 peratus. Masih ada bahagian-bahagian yang perlu ditambah.


Ini ialah bilik tidur utama. Telah lengkap sepenuhnya. Bahagian-bahagian lain masih dalam usaha untuk disiapkan. Insyaallah akan dimuatkan nanti gambar-gambar yang lain.

Sekian
Semoga bermanafaat.

Monday, 19 September 2016

Pemasangan Grill Keselamatan di Kedah Jerai Homestay

Assalamualikum semua.

Seperti yang dirancangkan, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Homestay telah siap dipasang dengan grill keselamatan seluruh rumah.

Kami mengupah seorang tukang besi yang mahir dengan kerja-kerja ini. Setelah siap dan diperiksa ternyata kualiti yang diberikan amat bagus berpadanan dengan harganya. Jutaan terima kasih kepada Encik Nasir dan isteri yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami. Antara gambar-gambar homestay yang telah dipasang grill.





Sebenarnya banyak lagi design-design menarik yang ditawarkan tetapi kami memilih design ini kerana semua rumah kami dipasang dengan jenis ini yang terbukti kukuh. Jika anda berminat dengan perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi sendiri Encik Nasir di talian 014-6016416. Perkhidmatan yang bagus kita mesti sokong.

Sekian, Semoga bermanafaat.

Tuesday, 16 August 2016

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah selepas pembukaan rasmi Penang Ara Homestay, akan dibuka sebuah lagi homestay hasil usaha dan doa keluarga. Kali ini bertempat di lokasi Guar Chempedak, Kedah. Homestay ini dijangkakan akan dibuka secara rasmi pada cuti sekolah hujung tahun 2016. Pada masa ini, kunci rumah telah diperolehi dan proses pengubahsuaian sedang dilakukan. Jom sama-sama kita lihat gambar-gambar rumah yang sedang dalam proses pembinaan.



Bahagian hadapan rumah


Bahagian dalaman rumah


Bahagian tepi rumah

Untuk pengetahuan pembaca semua, rumah ini ialah jenis semi-d corner lot. Ini adalah satu kelebihan kerana ruang yang luas akan memberikan keselesaan kepada bakal pengunjung nanti. Jadi sama-samalah kita nantikan update seterusnya tentang pemasangan grill keselamatan di homestay ini. Semoga bermanafaat.

Jumpa lagi!!