Syarat dan Peraturan

TERIMA KASIH KERANA ANDA TELAH MEMILIH KEDAH JERAI HOMESTAY SEBAGAI HOMESTAY PILIHAN ANDA. KAMI SENTIASA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA.BERIKUT MERUPAKAN SYARAT DAN PERATURAN KEDAH JERAI HOMESTAY.

1. Semua tetamu mestilah yang beragama Islam dan muhrim sahaja. Pihak homestay berhak menghalang tetamu mendaftar masuk sekiranya maklumat awal yang diberikan semasa tempahan tidak tepat semasa daftar masuk. Waktu check-in ialah 2.00 petang dan check-out ialah 12.00 tengahari. Check-in awal atau check-in lewat dikenakan bayaran RM15.00 untuk setiap jam bergantung kepada kekosongan. Maksimum tetamu pada satu-satu masa ialah 10 orang termasuk kanak-kanak.

2. Hanya DUA sahaja parking yang disediakan pihak homestay. Jika lebih dari satu hendaklah diletakkan di luar kawasan rumah. Kenderaan hendaklah diletakkan dengan berhemah serta tidak mengganggu lalu lintas.

3.SATU set kunci akses ke homestay akan diberi kepada person in charge sahaja. Wakil tidak dibenarkan untuk mengambil kunci. Jika berlaku kehilangan, bayaran RM50 akan dikenakan. Bayaran penuh akan diambil sebelum kunci diserahkan. Dilarang membuat pendua kunci tersebut.

4. Penyewa digalakkan untuk membuat pemeriksaan terhadap semua barangan yang terdapat di dalam homestay ketika pertama kali memasuki homestay. Sebarang kerosakan mesti dimaklumkan kepada pemilik/pengurus homestay sekurang-kurangnya sebelum 2 jam selepas memasuki homestay.

5. Homestay ini telah dipastikan bersih dan kemas dengan semua cadar dan selimut yang baru dicuci sebelum pelanggan masuk. Kami juga menyediakan cucian semula keseluruhan rumah dengan kadar bayaran RM150 dalam masa 2 jam 30 minit.

6. DILARANG SAMA SEKALI membawa masuk barang-barang yang menyalahi undang-undang seperti dadah, ketum, senjata dan lain-lain yang telah disebutkan menyalahi undang-undang oleh pihak berkuasa. Sebarang masalah akan dilaporkan terus kepada pihak polis.

7. DILARANG SAMA SEKALI membuat sebarang majlis keramaian, sambutan hari jadi atau menjemput pihak lain untuk bersama-sama membuat aktiviti yang boleh mengganggu keharmonian kawasan homestay atau apartment.

8. Hanya makanan halal dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay. Homestay ini menyediakan peralatan memasak untuk kemudahan tetamu. Gunakan dengan cermat dan berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Cuci dan kemas semula semua peralatan selepas digunakan.

9. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay. Merokok juga dilarang sama sekali.

10. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan atau kehilangan barangan yang berlaku ketika menginap di dalam homestay ini. Keselamatan ialah tanggungjawab sendiri.



No comments:

Post a Comment